Jangan Clik
Sunday, December 26, 2010
Deko rumah- grill, cat & awning
Friday, December 24, 2010
My Bestday
Sunday, December 19, 2010
Langkawi lagi
Tuesday, November 9, 2010
Banjir di Perlis 01-06 November 2010
Akibat hujan lebat berterusan 2 hari berturut2 ditambah dengan ayaq banjir dari selatan Siam dan limpahan dari Empangan Timah Tasoh telah menyebabkan negeri Perlih dan Kedah diselimuti ayaq bah buat kali ketiga. yang pertama tahun 1982, yang kedua 2005 dan yg ketiga 2010. Bangunan Persekutuan kosong sebab ramai warga kerja takleh nak lalu sebab jalan dilimpahi ayaq paras lutut, termasuk la diriku yg jelita ini.
Jadi selama Bandar kangaq dan daerah lain yg digenangi ayaq telah menyebabkan ramai warga peniaga, pekerja sektor swasta dan kerajaan terpaksa bercuti kecuali kakitangan Bomba, JPA 3, Polis, Hospital , askar, PGA, jab. kebajikan dll lagi yg bertungkus lumus menyelamatkan mangsa dan memindahkan ke tempat pemindahan yg disediakan. gambaq ni di ronbot, disebabkan banyak kerja takleh buat jd rakyat perlih buat kerja sendiri iaitu aktiviti meranduk ayaq bah sambil menari lagu cok cok kendung dan tarian canggung diketuai oleh encik Bri bauk dari Behoq Empiang eewaahh...
hhhaaaa...masa ni la lori, bekho, trekta bermaharajalela di dalam ayaq ni, mentang2 tinggi ayaq tak masuk enjin depa lalu ulang 40 kali jalan ni ...hhiisss eksen sungguh...
Ni ayaq dah melimpahi dalam bilik stor bomba perlih, takdan nak alih dah, barang banyak, ayaq naik cepat sangat dari buku lali hingga paraih paha dalam masa 2 jam ja.
Apalagi, dah bah kat luaq, dok saja la dalam stor, angkat barang2 apa yg patut yg rosak kalau kena ayaq. rasa macam dok dalam rumah terapung la plak, ayaq bersepah2
Ni keta sapa oi...rendam lama dalam ayaq nih, ingat apa rendam keta lama2 ingat ble jadi kapal selam ka.
Sahih lepas ayaq surut ni pakat jumpa habih segala ikan termasuk la sampah dalam kawasan bangunan persekutuan ni. Apalagi Jual timbang kilo la.
Depan Hotel Putra Palace, siap org ble dok menjala lg depan ni, gilo sungguh....nak buleh apa buleh sampah ngan anak berudu adala. Ka dok nak menjala gadis-gadis manis yg dok selak seluaq sampai paha siap nampak urat paha lg fuuuhhh...menduga iman btoi , sep baik aku tak rakam buat modai hahahahaha...
Ni aku pi meronda ngan Pajero Bomba lalu depan balai polis, habih naik ayaq. Selalunya abang polis naik ayaq kat kepala sebab kna pi latihan lama...haaa la ayaq naik kat balai plak hahahaha...abang polis jangan marah tau....mlawak porno sat hihihihi..
Ni dekat persiaran Jubli Perak dekat Bukit Lagi pun ayaq naik, seb baik tak naik hapuih Bukit Lagi klu tak satu M'sia termasuk la Botswana banjir.
Depan balai bomba ayaq laju seb baik takdak ikan solmon klu dak musti dah lompat2 dah ni. Hahahahah.... dah tau naik skuter gagah nak randuk ayaq jugak, kan dah mampoih, ni sahih suruh aku tolak ni...leceh btoi ...aku nak berpoya-poya ngan ayaq bah pun takleh.
Antara mangsa2 banjir termasuk siput khinzir tonyok yg diternak secara hidroponik telah berjaya menaiki sampan buatan sendiri yg berkuasa 18 kuasa kuda laut menuju ke Kodiang selatan.
Memba taman aku si Raup dengan riang gembira naik gereknya yg bernama Kamarulzaman pusing2 satu kangaq sambil menghafal sifir 9 dalam bahasa isyarat.
Ni la kali kedua aku dapat main ayaq bah w'pun 2005 aku tak merasa sangat sebab aku masa tu keja kat Kedah. alhamdulilah semua ahli keluarga aku tak terkena musibah ni, semua selamat sebab mungkin kawasan rumah tinggi sikit dari kawasan lain. Kepada semua penduduk yg kehilangan ahli keluarga, harta benda, waima hilang pedoman sekalipun bersyukur lah kita hanya diuji sekali dua dengan musibah yg boleh dikatakan tidaklah seteruk sebagaimana yg dialamai oleh jiran kita di indonesia dengan tsunami, gunung berapi, gemba bumi. Ujian ini hanya sebahagian dari kekuasaan Allah untuk kita mengambil ikhtibar dan mengetahui betapa besar kekuasaanNya.Wednesday, October 20, 2010
Rumah
Sebenaqnya dah lama dah aku dapat kunci rumah yang aku beli tu, cuma tak masuk duduk lagi sebab aku ingat nak renovate dulu sebelum masuk, lagipun aku tak tau lagi keputusan pertukaran wife aku ke Perlis dapat ka dak. Rumah aku ni dah lama dah siap tapi ada masalah sikit antara pemaju dengan MPK, kesnya pemaju buat longkang taman tak mengikut plan yg telah diluluskan oleh MPK tu yg proses mendapatkan CF lambat tu. La dah dapat CF dah, anytime bleh mai duduk.Dah ada 3 famili dah duduk situ dan kemungkinan ramai lg akan menyusul taun depan atau selepas siap depa renovate rumah depa. Ingatkan nak bli rumah ja pakai duit banyak, Nak masuk rumah pun nak kena pakai RM banyak gak, nak bubuh lampu, kipas, sapu cat, buat kitchen kabinet, wirering, bli perabot, masuk ayaq, masuk api fuihhh...banyak gak tu nak kna setelkan, bukan apa "rumahku syurgaku' jadi nak kna bg perelok la sikit sebelum nak menetap kat situ. Aku ingat nak buat deko sikit bg nampak kemas dan selesa. Plan nak ubahsuai apa tu dah ada dan dah bincang ngan wife aku, cuma tgu musim cuti sekolah hujung taun ni ja aku nak start buat semua tu. Walaupun nanti kalau wife aku tak dapat tukaq pun rumah ni kami ingat nak buat persingahan hujung minggu bila2 balik mai Perlih, aku klu bleh tak mau bg sewa kat org, takut rosak rumah. Aku yang plan bli rumah muda2 ( muda lg ka hhmm..dah nak masuk 30 an dah nih) ni bukan apa, dan la pinjaman perumahan tu setel sebelum aku pencen. Lagipun masa aku beli tu tahun 2007 memba aku yg keja ngan kontraktor dah pesan awai2 kat aku klu nak bli rumah baik bli taun tu sebab tahun 2008 rumah akan naik harga sebab bahan2 buat rumah dah naik harga, aku..apalagi cepat2 cari taman yg baru naik pastu teruih buat pinjaman perumahan . Tahun 2008 mmg rumah dah naik harga, rumah aku masa aku beli bawah RM100k bila tahun 2008 dia jadi RM100k ke atas, seb baik aku awai, memba2 keja aku yg amik satu taman tak pasai2 kna buat pinjaman Rm100k ke atas ikut harga pasaran semasa. Memandangkan ni merupakan pengalaman pertama ku beli rumah jadi banyak benda yg aku dulu tak tau la ni dah tau sikit2, dlu aku tak tau yg bli rumah kna bayaq yuran guaman, (la rasanya ada yg tak payah bayaq yuran guaman) bukan sikit nak kna bayaq, dekat RM3000 jugak, jenuh korek tabung. Lagi satu klu sapa2 yg nak beli rumah tu seelok-eloknya selidik dulu kawasan tapak perumahan tersebut (selalu berlaku banjir dak, tanah bendang ka, tanah bendang ni selek-eloknya pemaju kna tambun tanah dan biaq dekat setahun setengah bru ble naik rumah sebab tanah dia lembut, cepat mendap, klu naik lpas tambun alamatnya rumah tersebut akan cepat retak, kawasan dia kawasan rendah ka, klu tanah ladang getah jaga2 sebab anai2 akan mudah ada di tanah jenis tu,bukan apa takut menyesal lepas bli), selidik latarbelakang syarikat pemaju dekat Majlis Perbandaran tempatan, ok dak track rekod dia, penah kna blacklist ka dak. Cek dulu Surat Perjanjian Jual beli, ikut ukuran dan kemasan ka dak rumah tu dengan ukuran dan kemasan di dalam plan, saiz keluasan dalam dan luaq rumah, lantai , siling buat pada apa, pintu apa dan macam2 lagi la yg ada dalam plan tu, jangan pakai sign ja. Klu kita dah buat pinjaman tu seeloknya pi la jengok rumah tu masa tengah dok naik, pi tgok masa rumah dah naik 30% , 70% dan bila selesai, bukan apa, bila kita pi cek masa tgah dok naik tu la kita bleh tgok kerangka rumah kita, kukuh ka dak, kerangka bumbung guna besi ka kayu, sistem paip dan wirering elektrik kemas ka,bata guna bata merah ka bata pasiaq, ukuran setiap penjuru ada bengkok ka dak. Sebab apa , sudah kita sedia maklum para pemaju ni akan guna apa juga cara untuk cut kos pembinaan bg pihak dia sebab untuk dapatkan margin keuntungan yg tinggi, depa ni mmg banyak kecoh. Harap kepada sesapa yg baru nak bli rumah tu, semoga tips tersebut dapat memberi manfaat sebab pengalaman dari org yg pernah melalui akan membuatkan anda tidak mudah tertipu dan teraniaya.Sunday, October 17, 2010
Hujung Minggu
Jaga Masa Depan Anda
Petang kemarin dalam pukoi 4 lebih kurang, datang la seorang salesman warga Pakistan. W'pun kurang fasih berbahasa Melayu tapi dia cuba juga hendak menjual ayat2 Al Quran kat aku, tapi aku tak beli pun sebab satu harga dia RM 30, kertas sekeping ja, klu frame ok la jugak. Tapi bukan itu yg aku nak cuba sampaikan, apa yg aku cuba sampaikan adalah betapa gigihnya org luaq yg datang ke M'sia semata2 nak cari rezeki dengan berjalan kaki, naik gerek keliling kg nak jual barang depa. Maki hamun, caci maki dah jadi mainan depa, mental depa kuat tahan dari semua cabaran ni, sebab apa? sebab negara depa lagi teruk dari sini klu tidak takkan depa terdesak mai sini cari rezeki. Berapa kerat anak muda kita sanggup buat keja ni? bole kira dgan jari, semua tak mau, semua nak kerja yg senang. Bukan kata kat depa, aku pun macam tu la jugak, klu ble nak keja yg senang. Zaman la zaman meterial, zaman duit sebab tu org sanggup buat apa saja demi kelihatan hebat dan dapat benda yg diingini dengan jalan mudah, sebab nak nampak mewah mat2 rempit sanggup meragut (bukan meragut rumput cam kambing, tapi perangai ada la sikit2 macam kambin) untuk dapatkan wang mudah. Penah la aku menyembang dengan rakan mualaf bukan melayu, dia kata org melayu ni nak kaya cepat dengan usaha dan risiko yg minimum. contohnya buat MLM, dia tak kata MLM ni tak betoi, cuma yg kesian org bawah la (downline) yg senang org ataih. Dok layoq keta mewah, barangan berjama semata2 nak pancing join depa, yg ramai tersangkut, student IPT la ngan pekerja sektor bawahan. Kawan aku habaq MLM ni bukan jenis perniagaan long term, ia hanya bersifat short term sebab dia tak jual barang cuma cari org, bila dah ramai pakat masauk, sapa lg nak join downline kita? pehtu pakat tukaq jenama dan strategi lain plak, tapi cara buat untung sama ja macam MLM lain- pokoknya cari org. Majoriti yg masuk MLM ni Melayu sebab apa, sebab nak pakai merc, bmw, evo dengan cepat. Klu betoi bisnes ni kukuh dah lama kaum depa dah join bisnes ni, tapi tgok apa depa buat, depa masih dengan bisnes yg jual barang dan ada pelanggan. bukan bisnes cari org. Tapi memba aku habaq dlm MLM ni yg dok ataih skali adalah ca ya nun alif la jugak, sebab depa ni arif bidang bisnes dan tau nak memanipulasi org yg cetek ilmu bisnes ni, asal bisnes ni pun dari negara depa, Taiwan dan Hong Kong. Kesian kat org kampung, pekerja gomen, bergolok bergadai, hutang sana sini nak join skim ni, alih2 jenuh tanggung hutang, berenti kerja la dan sebagainya. Mmg skim ni kata MLM ni keja part time tapi percaya la dia kna buat full time, payah nak buat part time, nak buat part time gena mlm2 pun kna balik pukoi 2,3 pagi, mana nak tumpu keja tetap dengan buat bisnes ni, setiap masa kepala otak keja dok pikiaq nak cari org sampai keja sendiri pun terabai. Bagi aku klu nak buat bisnes ni biaqla jual barang yg kita nampak macam bekal barang ka, jual barang ka bg servis perkhidmatan ka, klu bab2 cari org ni tak berapa terjamin la dan peringatan dari aku klu nak buat jugak MLM tolongla jangan berenti dari kerja tetap kita, payah ooo ..klu nak masuk kerja tetap balik klu dah berenti. (ni pendapat aku la, klu sapa2 yg buat MLM tu jangan terasa plak)
Tuesday, September 7, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Monday, August 23, 2010
'Peraduan Blog dan Menang'-Manggaonline-Iklan Nokia, Dell dan Admax
Aku mengetahui mengenai Manggaonline ni melalui sebuah akhbar berbahasa Melayu iaitu akhbar Kosmo ,iaitu mengenai komuniti blogger ini di mana dalam keratan akhbar tersebut ada menulis mengenai salah seorang blogger yang telah menyertai komuniti Manggaonline ni. Aku pun agak tertarik la dengan komuniti tersebut memandangkan aku pun belum join mana-mana komuniti blogger sepanjang menjadi blogger hampir 3 tahun . Dan tanpa membuang masa dan sampah merata-rata aku pun join la dengan penuh taksub sekali sambil menghirup oksigen yang berkeliaran.Mengenai Komputer Riba jenama Dell ni (bukan Dell Akhbar Khan bekas Setiausaha FAM tu ya, harap maklum) memang merupakan antara pengeluar pasaran komputer yang berkualiti selain dari jenama lain macam Acer, Compaq dan lain-lain. Penggunaan komputer riba sememangnya tak asing bagi warga pelajar dan juga warga pekerja sebab ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja waima ke bilik air sekalipun. Dengan rekaan yang menarik serta perisian yang terkini Dell sering tampil dengan model keluarannya yang terbaru seiring dengan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi cyber zaman sekarang. Menariknya semua pakej tersebut hanya datang dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik bagi semua golongan kerana dengan adanya komputer riba Dell ni la kita boleh akses ke blog kita dan blog rakan yang lain serta mengetahui apa jua maklumat terkini dalam dan luar negara kerana tanpa Dell siapalah komputer riba dok gitu...
Mengenai Admax ni bagi aku dia merupakan salah satu syarikat pengiklanan macam Manggaonline ni jugak cuma pasaran dia lebih kepada Asia Tenggara dan bagi mana-mana peniaga dan usahawan yang ingin mengiklankan barangan atau perkhidmatan mereka melalui alam maya boleh la menggunakan Admax tersebut kerana bak kata saya di awal tadi pengiklanan di ruang cyber adalah kaedah pemasaran yang paling berkesan sekali kerana ia boleh diakses dimana jua kerana dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan dan dengan hanya satu klik, maklumat dapat disalurkan kepada anda hanya dalam beberapa saat sahaja.
Sunday, August 15, 2010
Pertandingan Melukih
Wednesday, July 21, 2010
Game
Gila Game...aku ni ble dikira tergolong dlam golongan ni la, tiap2 minggu mesti kna main game sampai gian klu tak main. Maklumla la kan zaman serba berteknologi, budak2 dah tak main dah permainan dulu2 macam polis sentri, dam, bola sepak kertas, main kad la dah kurang dah sikit, bebudak luaq bandar pun dah banyak terdedah ngan permainan game nih. Aku mula2 kenai game ni masa darjah 5 masa tu main game konsol Sega, game yg agak famous masa tu adalah Mario brother, Kontra ngan street fighter. Pastu main game Nintendo, game konsol gak, masaaku tingkatan 3 baru sony released game terbaru iaitu Playstation 1. popular game ni masa tu, rega dia lebih kurang dekat rm 1000 gak la time tu, aku mana mampu beli, pi main umah memba aku ja. Sampai umoq dekat 30 taun ni pun masih gila game,la dok main game Playstation 2 ,game yg slalu aku main, apalagi kalu bukan game bola, tiap2 minggu berentap ngan adik dan adik ipaq aku. Kami slalu main game bola PES 2010 sebab bg aku grafik dan kontrol dia ok, ada sesetengah org suka main Winning Eleven ngan FIFA 2010. Tapi PES 2010 tetap yang terbaik bg aku. Game lain bukan tak main, main jugak tapi kurang sikit berbanding bola sebab sapa2 yg kalah sure kna kutuk kaw..kaw..punya hahahaa...
Dengaq kata PES 2011 dah released dah tapi tak tau lg bila nak masuk pasaran M;sia. tak sabaq nak berentap dah ni. Antara dalam wish list aku adala aku angan2 nak sambaq PS 3 satu tapi harga dia masih RM 1000 ke atas (tak mampu den) pastu cd dia plak mahal sebab guna blu ray system,rega lebih kurang RM 180 satu cd. beli 3 cd PS 3 dah ble bli satu lg PS 2 hhmmm...
Selain daripada main game PS2 aku jugak slalu main game kat komputer, memandangkan apa2 kerja semua la ni buat pakai laptop, jd komputer lama wife aku tu aku upgrade untuk buat main game komputer, tambah Grafik kad, upgrade RAM dan tambah hard disk semata-mata untuk kepuasan main game tahap dewa. Untuk main game kat PC aku slalunya suka main game berbentuk strategi dan game yg paling aku suka main adalah Command and Conquer. Aku mula start diperkenalkan ngan game strategi masa di Tingkatan 3, masa cyber kafe tumbuh bak cendawan di pekan Kangaq nih. Masa tu main Red Alert..dah lama sikit main Counter strike secara online, pastu memba aku telah menghasut untuk main Command and Conquer. Command and conquer ni ada banyak siri yg aku penah main antaranya Command n conquer 1 dan 2, command and conquer: red alert 1, 2 dan Yuri Revenge. La aku tgah dok menghayati game command n conquer Tiberium war nih, w'pun ada lg yg latest tapi yg ni pun aku tak khatam lg, nti2 la ku pi bli command n conquer kane wrath dan tiberium twilight. Game strategi ni banyak mengajar kita taktik2 dalam megatur peperangan dan macamana utk memenanginya, seingat aku sejarah game strategi ni diperkenalkan dulu adalah bertujuan untuk melatih askar2 amerika dalam taktik perperangan bila time depa off duty, bukan macam sesetengan negara lain, time off duty, tulih surat cinta la, main gitar la. Macam negara2 yg maju depa gunakan sepenuhnya bidang teknologi ni untuk segala aspek kehidupan zaman sekarang dan kebanyakan teknologi yg kita kecapi zaman sekarang adalah hasil penyelidikan untuk kegunaan dalam bidang ketenteraan contohnya telefon bimbit, internet, satelit, dan pelbagai lg sehinggakan ke game berbentuk strategi ni la.
Tuesday, July 6, 2010
Pelajar UPSI belum tentu jadi guru?
(dari keratan Utusan Malaysia-ruangan Forum Pembaca 5 Julai 2010, Isnin)
JIKA anda bercita-cita menjadi guru dan ditawarkan belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), jangan cepat teruja. Ini kerana, anda belum tentu lagi menjadi guru sekalipun anda berjaya mendapat segulung ijazah dari universiti ini.
Masyarakat masih beranggapan bahawa nasib graduan ijazah pertama UPSI sama seperti graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu mereka akan menjadi guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah Malaysia. Anggapan ini salah. Semakin hari, UPSI semakin melupakan peranannya mendidik dan melahirkan guru Malaysia dan semakin ghairah menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru.
UPSI meminggirkan bidang pendidikan siswazah guru secara sistematik dengan berselindung di sebalik nama perancangan penjenamaan dan penstrukturan semula fakulti. Semua kursus-kursus yang berkaitan dengan subjek mata pelajaran sekolah di kesemua lapan fakulti yang ada sebelum ini mula dipinggirkan dengan melonggokkannya di satu fakulti saja iaitu Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
Tindakan peminggiran ini jelas apabila pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus-kursus Sains dan Matematik untuk bakal-bakal graduan guru sekolah dikeluarkan dari Fakulti Sains dan Teknologi serta dilonggokkan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
Alasannya, pensyarah-pensyarah ini fokus kepada subjek Sains dan Matematik yang akan diajar di sekolah-sekolah dan seharusnya dipindahkan ke fakulti berkenaan. Saki baki Fakulti Sains dan Teknologi yang tertinggal diberi penjenamaan semula dengan nama Fakulti Sains dan Matematik.
Jika berasaskan kepada sebab yang diberikan, ini bermakna Fakulti Sains dan Matematik hanya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru sahaja. Jika UPSI membuat pengkelasan berdasarkan kriteria sebegini, kesannya nanti, hanya tinggal Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia sahaja yang mendidik graduan bakal guru manakala lapan fakulti lain yang selebihnya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka.
Layakkah UPSI terus memegang gelaran universiti pendidikan jika nanti hanya satu daripada sembilan fakultinya yang fokus kepada pendidikan guru? Apa akan jadi dengan tujuh fakulti lama yang tinggal dan satu fakulti baru yang telah ditubuhkan? Semuanya untuk pasaran terbuka bukan guru?
Sebenarnya, penstrukturan semula fakulti lebih kepada gimik pihak pengurusan untuk mengaburi mata masyarakat yang kononnya telah berlaku perubahan besar di UPSI. Kenyataannya, perubahan hanya kepada kedudukan bilik-bilik pensyarah akibat dipindahkan ke ‘fakulti longgok’. Mereka masih mengajar mata pelajaran yang sama kepada pelajar. Tidak ada apa-apa nilai tambah yang diperoleh daripada penstrukturan ini, selain menyusahkan pihak-pihak yang terlibat. Inilah penjenamaan semula dan penstrukturan semula fakulti yang UPSI banggakan sekarang.
UPSI kini berhasrat untuk menggadaikan warisan tradisinya mendidik guru. Sedangkan universiti-universiti lain berusaha untuk menawarkan lebih banyak kursus pendidikan tetapi UPSI sendiri mula meminggirkan bidang pendidikan guru yang menjadi darah daging UPSI sejak zaman SITC tahun 1922 lagi.
Inilah salah satu contoh masalah yang berlaku.
Barangkali UPSI berpendapat, hak untuk menawarkan sebarang kursus adalah hak UPSI. Masalah untuk menempatkan graduannya di sekolah-sekolah adalah masalah Kementerian Pelajaran. UPSI tidak perlu fikir itu semua sebab yang paling penting, UPSI boleh nampak gah menawarkan kursus-kursus yang tidak ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru atau mana-mana IPTA lain. Masalah penempatan guru untuk graduannya, biarlah kementerian berkenaan yang selesaikan.
Nyata sekali, UPSI tidak pernah mengkaji sedalam-dalamnya pasaran guru untuk kesemua graduannya. Semakin hari, semakin galak UPSI merancang dan menawarkan pelbagai kursus yang tidak relevan dengan keperluan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia. UPSI semakin lupa diri dan merasakan ia perlu sama dengan IPTA lain. Sebab itulah UPSI ingin sama-sama berlumba dengan IPTA dan IPTS lain dalam menawarkan lebih banyak kursus untuk pasaran bukan guru.
Sifat angkuh UPSI sekarang yang enggan memahami keperluan kementerian adalah punca utama masalah penempatan graduannya di sekolah-sekolah.
Untuk mengubat hati, UPSI mengatakan bahawa graduannya masih boleh menjadi pensyarah di politeknik.
Sebenarnya, peratusan graduan UPSI yang berjaya menjadi pensyarah di politeknik amatlah kecil. Jika benar peratusannya tinggi, hebahkanlah jumlah peratusannya kepada masyarakat supaya boleh menjadi kebanggaan. Masyarakat di luar sana berhak tahu kerana mereka yang akan menghabiskan banyak duit menghantar anak-anak mereka belajar di UPSI.
Kepada anda yang benar-benar bercita-cita menjadi guru, anda berhak membuat pilihan yang lebih tepat. Ketika ini, pilihan terbaik anda adalah Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana selain mendapat bantuan elaun semasa belajar, peluang untuk ditempatkan di sekolah-sekolah juga jauh terjamin berbanding graduan UPSI. Setidak-tidaknya, anda tidak akan menganggur untuk satu tempoh yang lama sambil menanggung beban dengan hutang PTPTN. Semak semula surat tawaran anda jika ditawarkan ke UPSI dan fahamilah erti sebenar ‘kursus terbuka’ jika tertulis di dalamnya. Pilihan sebenar di tangan anda.(Tamat)
Acapkali bila memperkatakan mengenai posting para graduasi Pendidikan akan ada percangahan pendapat graduasi pendidikan lepasan IPTA dan graduasi lepasan KPLI kerana para graduasi pendidikan lepasan IPTA belum tentu dijamin penempatan berbanding graduasi pendidikan lepasan KPLI kerana urusan penempatan selalunya dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di mana para graduasi lepasan KPLI adalah dibawah tanggungan kementerian ini berbanding para graduasi lepasan IPTA yg berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Jadi saya bukannya org yg arif untuk memperkatakan tentang isu tersebut cuma biarlah mereka yg arif dapat menilai yg mana satu graduasi yg betul-betul ingin menjadi pendidik yg bitara atau mereka yg hanya ingin mendapatkan pekerjaan dengan gred dan gaji yg berbaloi senilai dengan ijazah yg digenggam disebabkan faktor kekurangan kerja di sektor lain dan hanya memilih untuk menjadi pendidik apabila kesukaran utk mendapatkan peluang pekerjaan yg sesuai dengan ijazah mereka. Walaupun cadangan pemansuhan KPLI sudah lama kedengaran tetapi Kementerian masih menilai aspek tersebut dengan alasan mereka tersendiri. Janganlah pulak nanti bila dah terlalu berlambak para graduasi pendidikan, pra graduasi berijazah akan beralih pulak ke jawatan bidang lain seperti Polis, Askar, Bomba, Penjara hanya untuk mendapatkan suatu pekerjaan yg tetap dan terjamin kerana bila penduduk makin ramai, maka makin kuranglah peluang pekerjaan yg setaraf dengan lulusan mereka. Hakikatnya mana-mana pun sama ada graduasi pendidikan lepasan IPTA dan graduasi pendidikan lepasan KPLI sememangnya terdapat pro dan kontra dalam hal tersebut, jadi tepuk dada tanya kaunter pertanyaan hahahaha....tepuk dada tanyalah iman. wasalam....

Monday, June 21, 2010
Liburan Di Lembah Klang Part 2
Subscribe to:
Comments (Atom)